top of page

     Permainan jong jong inai ini berasal daripada peristiwa seorang perempuan yang telah mengetuai orang ramai pada satu ketika dahulu untuk berjumpa dengan sultan Terengganu. Perempuan itu bernama Mak Ipung. Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Mak Ipung merupakan seorang penduduk yang berasal dari satu kawasan yang bernama Rajawali.  

 

     Selain itu, perkataan jong yang digunakan dalam lirik lagu rakyat ini merupakan sejenis permainan tradisional. Jong merupakan sejenis perahu kecil buatan tangan. Terdapat pertandingan tentang permainan Jong ini. Permainan perahu Jong juga merupakan salah satu permainan tradisional yang semakin dilupakan.

Namun begitu, terdapat juga masyarakat yang mengatakan perkataan Jong yang di gunakan dalam lagu ini bermaksud Jom. Tetapi disebabkan dialek Terengganu, perkataan JOM telah berubah menjadi JONG.​

 

Permainan ini digunakan untuk membahagikan pemain kepada dua kumpulan. Permainan ini digunakan untuk mengelakkan ketidakadilan dalam memilih kumpulan. Lanjutan bagi permainan iini adalah sebuah permainan tradisional yang dikenali juga sebagai datuk harimau.

 

Secara kesimpulannya, lagu ini pada asalnya dinyanyikan untuk menceritakan peristiwa seorang perempuan dalam perjalanan untuk mengadap raja. 

JONG JONG INAI

Bilangan Pengunjung

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.

 

 

                          -Albert Camu-

Copyright © 2014 Pada Zaman Dahulu

  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
  • RSS Classic
bottom of page